Tujuan
Khairat Kematian Surau As-Siddiqin menyediakan khidmat pengurusan jenazah sebagai fardu kifayah bagi kariah Surau As-Siddiqin, Bandar Tasik Puteri, merangkumi ahli dan bukan ahli. Surau turut membantu keluarga yang menghadapi kesusahan mengikut kemampuan.
Pengurusan
Pengurusan Khairat Kematian dikendalikan oleh Lujnah Khairat Kematian di bawah penyelarasan Ahli Jawatankuasa Surau As-Siddiqin.
Pengertian Khairat
Khairat ialah perkataan Arab yang membawa maksud kebajikan, termasuk derma, sedekah dan sumbangan ikhlas. Khairat Kematian merupakan tabung kebajikan yang dibiayai melalui sumbangan ikhlas ahli bagi menyokong pengurusan kematian dan membantu sesama ahli.
Pengurusan ini berteraskan konsep takaful, iaitu saling menjamin, serta prinsip ta‘awun, yang membawa maksud tolong-menolong dalam perkara kebaikan.
"dan hendaklah kamu tolong-menolong dalam perkara kebajikan dan ketakwaan, dan janganlah kamu tolong-menolong dalam perkara dosa dan permusuhan."
surah al-ma'idah · 5:2Semoga segala usaha ahli dan pihak pengurusan mendapat keberkatan serta keredaan Allah SWT.
Lokasi Tanah Perkuburan
Peta lokasi tanah perkuburan disediakan di bawah bagi memudahkan urusan pencarian lokasi dan perjalanan.