9/2/2023 | Kariah Surau As-Siddiqin – Tanpa kita sedari ada di antara kita yang di landa musibbah, di uji dengan penyakit dan pelbagai masalah. Ada yang pendam segala ujian yang dihadapi mungkin disebabkan malu atau tidak mahu meminta-minta. Ada masanya jiran sebelah pun tak ambil cakna. Apatah lagi yang jauh seberang lorong atau bersempadankan dengan jalan besar atau padang. Namun begitu ada juga insan yang berhati mulia, membantu semampu boleh dan ada juga yang tidak boleh berbuat apa-apa, tapi disebabkan ingin juga membantu supaya kepayahan itu tidak terhenti di situ sahaja.
Seperti sebelum-sebelum ini pihak surau bersama Biro Kebajikan ada membuat ziarah ke rumah-rumah kariah yang timpa musibah kesihatan, kematian atau yang akan menunaikan umrah atau haji atau sebagainya. Setiap ziarah akan disertakan dengan sumbangan orang yang di buat melalui surau. Oleh yang demikian jika ada maklumat keluarga seperti mana yang dinyatakan bersama di kongsi dengan pihak surau supaya tindakan boleh diambil sebaik mungkin, “surau cakna, kariah setia”.
Berikut adalah beberapa ziarah yang telah dijalankan oleh pihak surau hasil dari maklumat kariah dan orang ramai.
4/1/2023 (1) – Ziarah ke rumah keluarga Arwah Kamaruzzaman di Jalan 6/36 (Primula) yang meningalkan 6 orang anak yatim piatu, 4 masih bersekolah. Mereka tinggal bersama dengan makcik dan pakcik mereka di rumah arwah. 4/1/2023 (2) – Ziarah ke rumah keluarga arwah Amran Bin Salleh di Jalan 6/20 (Ivori 2) yang meninggalkan seorang balu dan 5 orang anak, 3 darinya masih bersekolah.
11/1/2023 – Ziarah ke rumah En. Razali Bin Sharif di Jalan 7/11. Isteri beliau, Puan Nurulaini telah menjalankan pembedahan di kaki bagi mengawal kesakitan yang di tanggung.
Di samping itu pihak surau juga telah ziarah ke rumah En. Baharuddin Indut pada 13/1/2023 yang akan menunaikan umrah bersama keluarga pada hari berikutnya.
17/1/2023 – Ziarah ke rumah Imam 2 Surau As-Siddiqin, En. Azman Bin Jusoh yang mengalami kecederaan di kaki akibat terkena parang.
8/2/2023 – Ziarah ke rumah En. Zulkarnain yang telah menanggung kesakitan sejak beberapa tahun tetapi sudah kelihatan semakin sihat insyaAllah. Isterinya pula baru keluar dari hospital setelah ditahan sejak beberapa hari yang lalu setelah mengalami komplikasi kesihatan. Semoga keluarga ini diberkati Allah kerana ujian yang mereka hadapi.
Aktiviti ziarah ini akan diteruskan selagi mana berupaya, semua sumbangan adalah dari kariah yang disalurkan ke surau dan dikembalikan ke anak kariah dalam menjaga kebajikan anak-anak kariah sebaik mungkin, inshaAllah. Untuk sebarang boleh di buat menerusi pautan dan akaun bank yang dinyatakan.
https://toyyibpay.com/infaqSumbangan
BANK RAKYAT | 1101533950
MASDRASAH AS-SIDDIQIN







