Surau As-Siddiqin

Masih ada Keluarga di kurantin C19 | kita hulurkan bantuan

Blok Birch BTP | 16/2/2022 – Pandemik Covid19 masih lagi tidak reda, kenaikan tiba-tiba yang positif C19 semakin membimbang dan secara langsung anak-anak kariah Surau As-Siddiqin juga ada yang terkesan. Lantaran itu pihak surau melalui sumbangan orang ramai mengambil inisiatif untuk membantu bagi meringankan beban keluarga-keluarga yang terpaksa menjalani kurantin di rumah bagi membendung penularan wabak ini. 

Alhamdulillah, hari ini dengan kerjasama Jawatankuasa Penduduk blok Birch, En. Jamal dan rakan-rakan yang bersusah payah membantu anak-anak kariah yang terkesan akibat Covid-19. Beliau telah mengagihkan bantuan sekitar 11 keluarga di blok Birch tanpa mengira latar belakang dan status serta kedudukan. Agihan di buat secara penghantaran terus ke rumah-rumah yang terkesan. Pengerusi dan JK Surau As-Siddiqin dengan kerjasama ketua-ketua atau wakil blok dalam kariah sentiasa bersedia dan cakna dalam usaha menjaga kebajikan anak-anak kariah semampu boleh. Bagi anak-anak kariah yang positif dan ahli keluarga yang terlibat, bersama kita doakan semoga Allah memberi kesembuhan buat mereka inshaAllah.

Jika ada keluarga anak kariah Surau As-Siddiqin yang masih terkesan akibat di kurantin, sila maklumkan dengan ketua/wakil blok masing untuk tindakan selanjutnya. Bagi mereka yang ingin membuat sumbangan kepada pihak surau bagi tujuan ini amatlah dialu-alukan. Sumbangan boleh dbuat melalui akaun Bank Rakyat 1101533950 | Madrasah As-Siddiqin atau melalui tabung pandu lalu di depan Surau As-Siddiqin.

https://surauassiddiqinbtp.info

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top