11/2/2023 | Bandar Tasik Puteri – Cubit peha kiri peha kanan yang terasa, begitulah keperhatinan ahli-ahli kumpulan Ngaji Muslimat As-Siddiqin yang diterajui oleh Ustazah Wan Norihan merangkap muallimah mengaji mengadakan ziarah ke rumah Hj. Kamarudin mantan bendahari Surau As-Siddiqin. Ziarah muhibbah ini adalah kerana isteri beliau, Hjh Latipah mengalami komplikasi kesihatan secara tiba-tiba yang menyebabkan kesukaran untuk berjalan. Hjh Latipah juga merupakan salah seorang ahli kumpulan Ngaji Muslimat As-Siddiqin yang aktif sejak sekian lama.
Hjh Latipah telah membuat rawatan di hospital UiTM Puncak Alam bagi merawat penyakitnya, alhamdulillah sejak dari itu beliau semakin pulih. Semoga Allah memberinya kesembuhan, inshaAllah.
Seorang lagi ahli kumpulan ini yang mengalami sakit “Arthritis” yang mendatangkan kesakitan, kemerahan, bengkak dan kekejangan sendi. Ziarah ke rumah sahabat ini di blok 7 juga telah dilakukan pada hari yang sama. Semoga kedua-duanya di kesembuhan supaya dapat meneruskan aktiviti mengaji Al-quran dalam kumpulan ini.
Syafakallah شفاك الله.






