10/2/2023 | Masjid Bandar Tasik Puteri – Dalam melaksanakan sesuatu perkara usaha adalah tangga kejayaan, namun jangan kita lupa Allah adalah penentu segalanya. Dengan ini Program Restu Ilmu SPM 2022 yang telah dilaksanakan oleh Panitia Pendidikan Islam dan PIBG SMKBTP bagi memohon dipermudahkan segala hajat anak-anak yang menghadapi SPM 2022.
Alhamdulillah melalui Surau As-Siddiqin, sumbangan dari anak-anak kariah juga telah disalurkan dalam program ini bagi membantu program ini berjalan lancar. Nilai bukan ukuran semoga keberkatannya membawa kejayaan bagi anak-anak ini. Semoga semua anak-anak dari kariah surau serta semua pelajar dipermudahkan, diberi ketenangan dalam menempuh peperiksaan ini serta mendapat kejayaan yang dihajati.
Program ini berlangsung di Masjid Tasik Puteri dengan keterlibatan murid-murid dan ibubapa Islam tingkatan 5 serta Guru Islam SMKBTP dengan kehadiran seramai 308 pelajar (67%), 187 ibubapa serta 61 guru. Aktivit yang dijalankan adalah solat Maghrib, bacaan yasin, solat Isyak serta kemuncaknya solat hajat serta munajat kepada Allah. Setelah selesai aktiviti utama, YDP PIBG SMKBTP telah membuat ucapan serta menyampaikan sijil penghargaan buat penyumbang-penyumbang. Imam 2, Azman Bin Jusoh telah menerima sijil berkenaan sebagai wakil dari Surau As-Siddiqin. Program diakhir dengan jamuan yang telah disediakan oleh penganjur.
Alhamdulillah secara keseluruhannya program ini berjalan lancar serta dengan kehadiran yang memuaskan. Semoga semua pelajar tingkatan 5 SMKBTP beroleh kejayaan dalam peperiksaan yang dihadapi, inshaAllah.
Kredit :
Pengetua SMKBTP
YDP PIBG SMKBTP
Pendidikan Islam SMKBTP
Nazir MBTP
Para Penyumbang





















