Surau As-Siddiqin

Fasilitasi
Dan Kemudahan
Surau As-Siddiqin ?

Garis Panduan Majlis Walimatul Urus di Surau As-Siddiqin Bandar Tasik Puteri.

Panduan ini ditetapkan bagi menjaga adab berada dalam kawasan surau, bersesuaian mengikut tempat selagi mana tidak melampaui syaraq dan memperolehi keberkatan. Majlis Walimutulurus boleh diadakan di Dewan Muhammad Al-Fateh samada dengan menggunakan dewan sahaja atau dipakejkan bersama khidmat katerer Biro Sajian dan Keraian Surau As-Siddiqin.

Perkara-perkara yang perlu di ambil perhatian dalam melaksanakan kenduri walimatulurus di surau.

1. Menjaga adab ketika berada dalam kawasan surau.

2. Dibenarkan membuat dekoratif ringkas, tidak secara melampau di pentas atau di ruang yang sesuai. Tidak dibenarkan meletakkan sebarang alat/kerusi yang boleh dimaksudkan sebagai pelamin bagi tujuan atau niat untuk bersanding, memberi restu atau seumpamanya atau berkaitan.

3. Dibenarkan bergambar secara ringkas bersama keluarga, di larang bergambar secara melampau di pentas atau dalam kawasan surau. Bukan berniat untuk mempertontonkan pasangan mempelai kepada umum. hendaklah menjaga adab, mahram dan aurat supaya tidak menimbulkan fitnah bagi semua pihak yang terlibat.

4. Dibenarkan mengunakan khidmat DJ/pengacara majlis yang sesuai untuk majlis walimatulurus di dewan surau. Pemilihan lagu juga hendak bersesuaian dengan tempat dan tidak melampau sehingga menimbulkan fitnah. Aktiviti berkareoke adalah di larang sama sekali.

5. Pengacara majlis hendak memaklumkan akan masuknya waktu solat 1/2 jam sebelum masuk waktu dan memberhentikan celoteh/majlis untuk sementara waktu bagi memberi ruang jemaah surau untuk menunaikan solat berjamaah. Tetamu yang hadir juga dituntut untuk bersama berjamaah menunaikan solat fardhu.

6. Untuk keselamatan, penganjur/tuan rumah majlis hendaklah mengawasi anak-anak atau kanak-kanak ketika majlis sedang berlangsung, tidak berlari, melompat, bermain atau seumpamanya dalam kawasan solat utama dan solat muslimat atau mana-mana kawasan lain dan memastikan tidak menggunakan sebarang peralatan dalam ruang solat utama dan ruang solat muslimat. Ini adalah bertujuaan untuk mengelakkan sebarang kemalangan atau kecederaan serta kerosakan. Pengurusan surau akan menyediakan satu bilik khas berhawa dingin untuk jika ada ahli keluarga yang ingin berehat, menyusukan anak, menidurkan bayi serta seumpamanya atau berkaitan. Namun tetamu yang ingin solat dibenarkan menggunakan ruang solat utama atau ruang solat muslimat tanpa sebarang halangan.

7. Dibenarkan memasang maksima tiga (3) buah khemah tambahan sahaja diluar/ditepi kawasan dewan jika perlu atas kos sendiri.

8. Kebersihan kawasan surau hendaklah di jaga dan di ambil berat sepanjang tempoh majlis sehingga selesai. Pihak tuan rumah perlu menyediakan tong roro (Roll-on Roll-off Bins) untuk membuang sampah-sampah, lebihan sisa makanan atau berkaitan.

9. Tidak dibenarkan membawa sebarang makanan atau minuman ke dalam ruang solat utama dan ruang solat muslimat atau lain-lain kawasan kecuali di dewan dan khemah-khemah yang disediakan, jika ada.

10. Kenderaan tetamu hendaklah di pakir secara berhemah, tidak menganggu laluan kenderaan lain.

Tuan rumah perlu menguruskan sendiri berkenaaan sewa kerusi, meja, khemah serta keperluan yang berkaitan jika mengunakan dewan secara berasingan dan menggunakan khidmat katerer luar.

Khidmat Katerer Biro Sajian dan Keraian Surau As-Siddiqin
+60 12-388 2758 | En. Yusri

Khidmat Meja, Kerusi dan Khemah
+60 17-342 2048 | En. Baharudin
+60 12-693 1761 | Tn. Hj Mashuri

Khidmat DJ dan PA System
+60 19-388 8084 | En. Kamarul

Khidmat RORO
+60 16-212 1214 | Tn. Hj. Suhaimi

Semua perkara di atas adalah tertakluk kepada perubahan dan atas budi bicara Pengurusan Surau As-Siddiqin.

Scroll to Top