Sejak Mac 2020 Ibadah umrah dan haji telah di tangguh akibat pandemik Covid-19 yang melanda ke seluruh dunia dan Malaysia tidak berkecuali. Kerajaan Saudi telah menutup sempadan bagi mengawal pendamik dari terus merebak. Perasaan rindu pasti membuatkan sebak sentiasa, alhmadulillah dengan izin Allah ibadah umrah sudah mula di buka kepada awam dengan SOP yang cukup ketat.
Tidak tercuali bagi jamaah atau kariah Surau As-Siddiqin yang sentiasa mendoakan supaya boleh pintu kaabah mula di buka untuk pengunjung dari seluruh pelusuk dunia yang rindu untuk melakukan ibadah umrah. Hari ini buat pertama kali setelah sekian lama, program kursus umrah oleh Ustaz Mohamad Zuhdi untuk kariah dan penduduk sekeliling serta khas buat kumpulan peserta umrah yang akan berlepas ke tanah suci pada 23/12/2021 inshaAllah. Kursus ini dijalankan dengan SOP yang telah digariskan. Kumpulan peserta ini telah tertangguh untuk ke tanah suci sejak Mac 2020 akibat pandemik covid-19. Yang pasti mengembirakan adalah Imam Mohd Padzli Bin Hassan (Imam 1 Surau As-Siddiqin) bersama salah seorang sahabat dengan panggilan mesra “Pak Andak”, pemergiannya ke tanah suci telah tertangguh 4 kali akibat pelbagai kekangan dan yang terakhir adalah disebab pandemik covid-19.
Tapi kali ini jelas terpampang kegembiraan, syukur atas mimpi yang hampir jadi kenyataan dengan jemputan dan keizinan Allah SWT untuk menjadi tetamu di tanah haram, Mekah Al-Mukarramah. Apatah lagi keseluruhan kos umrah Imam Mohd Padzli ditanggung sepenuhnya oleh sumbangan orang ramai sebagai satu penghargaan setelah sekian lama memegang jawatan imam 1 Surau As-Siddiqin. Untuk pengetahuan, beliau juga adalah salah seorang calon sebagai Penolong Pendaftar Nikah untuk Kariah Bandar Tasik Puteri yang mungkin akan mula bertugas pada tahun 2022. Semoga dengan menunaikan umrah ini beliau akan lebih bersemangat dan akan menunjukkan dedikasi yang tidak berbelah bagi sebagai seorang imam dan jurunikah, inshaAllah. Bagi yang menyumbang kos perbelanjaan umrah beliau, semoga Allah mempermudahkan segala urusan, diberikan kesihatan, rezeki yang penuh keberkatan, amin.
Semoga perjalanan peserta kumpulan ini bersama muktawifnya Ustaz Mohamad Zuhdi dipermudahkan dan mendapat keberkatan, insyaAllah.
#umrahdanhaji #umrahidamanhati #surauassiddiqin #madrasahassiddiqin #malaysiasejahtera
waqaf dan infaq – https://surauassiddiqinbtp.info/pembangunan



