“Pintu syorga dah buka !!, pintu syorga dah buka !!” mesti ramai yang masih ingat dengan laungan ini kan?
Arwah Pak Maid, antara siak yang cukup berjasa di surau kita. Walaupun dia dah lama meninggalkan kita, tetapi setiap kali ada kutipan sumbangan di surau, pasti akan ada yang ter ingat ingat suara tersebut…. betul tak? Kali ni, surau kita sekali lagi membuka pintu syorga untuk tuan puan memberi infak.
Program Gerobok Rezeki II – “Freezer”
Bermula hari ini, Insyaa Allah Tuan-tuan dan Puan-puan sudah boleh menyumbang pelbagai produk sejuk beku kerana pihak surau telah menerima sumbangan “freezer” dari seorang hamba Allah. Alhamdulillah…
Oleh itu, sumbangan Tuan-tuan dan Puan-puan hendaklah disediakan dalam pek individu atau pek kecil yang terus boleh diambil untuk dibawa pulang. Pihak surau tidak menyediakan khidmat memotong atau re-pek barangan yang disumbangkan oleh penyumbang dalam saiz yang besar. Antara jenis sumbangan yang dicadangkan adalah, Ayam, Daging, Kambing, Ikan dan semua pek barangan makanan sejuk beku yang lain. Sayur-sayuran tidak digalakkan kerana cepat rosak namun sekiranya ada pastikan ianya sesuai disejuk beku dan di pek dengan rapi.
PASTIKAN SEMUA SUMBANGAN ADALAH BARANGAN SEJUK BEKU YANG HALAL JAKIM
Segala kerjasama Tuan-tuan dan Puan-puan didahului dengan ucapan terima kasih.
Pihak Pengurusan Gerobok Rezeki, Surau As Siddiqin BTP.



