Surau As-Siddiqin

Sambutan Malidur Rasul Surau As-Siddiqin | 24 Oktober 2021

Alhamdulillah pada tanggal 24 Oktober 2021, pihak Surau As-Siddiqin telah menganjurkan Sambutan Malidur Rasul secara sederhana setelah sekian lama sepi dari sebarang aktiviti yang melibatkan anak kariah.

Bermula dari qiamullai yang diImamkan oleh Imam Muda Rasydan, solat subuh seterusnya diteruskan dengan kuliah subuh bersama Ustaz Harryanto Rizal. 

Pada sebelah pagi nya diteruskan di persembahan nasyid dan qasidah dari Kumpulan Damai, memecah kesepian dengan alunan suara diadun dengan bunyian gendang dan kompang. Kemuncak program dihiasi dengan Santai Dhuha bersama Ustaz Yusri dan saudara Iwan.

Tidak lupa juga dengan kerjasama dari blok-blok kariah Surau As-Siddiqin memenuhi ruang dewan utama walaupun ketika ini sempadan negera telah di buka dan ramai yang berduyung pulang ke kampung masing-masing setelah sekian lama. Kegembiraan jelas terpampang dikalangan yang hadir kerana ada diantaranya mendapat hadiah cabutan bertuah yang agak lumayan. Pertandingan santai mempamerkan kekreatifan antara blok juga ada diadakan dan Blok BIRCH telah berjaya menggondol hadiah utama bernilai RM500.00 sumbangan pihak surau.

Sambutan dijalankan dengan menjaga segala SOP yang telah ditetapkan dan mendapat liputan tv di Berita Al-Hijrah. Semoga pihak surau dapat menjayakan lagi aktiviti atau program yang akan dirancang sebaik mungkin, InshaAllah.

Admin

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top