Surau As-Siddiqin

Ziarah Muhibbah – Feb 2023 (20.2.2023)

20/2/2023 | Kariah Surau As-Siddiqin – Tatkala kita seronok bersama keluarga bergembira bersama ada di antara kita terlantar di resbang mengharapkan insan terdekat untuk meringankan beban. Alhamdulillah pada selasa malam (20/2/2023) Pengerusi dan beberapa AJK Surau As-Siddiqin mengadakan ziarah muhibbah anak-anak kariah surau. Ada yang terlantar keuzuran dan ada yang akan berlepas menunaikan Umrah serta ziarah.

Kali ini pihak surau menziarahi anak kariah di blok Birch bersama dengan wakil blok yang sohor dengan panggilan Pak Ayub bersama dengan Dr. Siti Ruhani yang mengatur ziarah kali ini. Seperti kebiasaan selepas solat isyak berjamaah di surau, roda bergolek menuju destinasi.

Ziarah 1 – Teratak En. Osman di jalan 8/9, menziarahi bapa mertua beliau yang keuzuran serta mempunyai masalah jantung, gaot serta pelbagai lagi.

Ziarah 2 – Teratak En. Rusli di jalan 8/11, beliau telah terlantar sejak disember 2022 lalu akibat beberapa penyakit yang mengakibat beliau tidak dapat bergera Sedikit sumbangan dari kariah melalui Surau As-Siddiqin telah disampaikan bagi keluarga ini. Semoga Allah memberi kesembuhan dan dimudahkan segala urusan kepada 2 keluarga ini.

Selain menziarahi anak kariah yang keuzuran, pihak surau turut melakukan ziarah anak kariah yang akan menunaikan umrah buat pertama kali iaitu Cikgu Zaidi di jalan 6/40 serta Bilal 1 Surau As-Siddiqin Ustaz Mohd Khairil Asraf. Semoga mereka mereka memperolehi umrah yang mabrur. Sedikit sumbangan kariah juga telah disampaikan kepada mereka untuk dibelanjakan di sana nanti.

Semoga segala usaha yang dijalankan ini memperolehi keberkatan bersama.

Kredit.
Pak Ayob
Dr. Siti Ruhani
Pengerusi & AJK

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top