Ahlan Wa Sahlan
SURAU AS-SIDDIQIN
Terletak di Bandar Tasik Puteri, Surau As-Siddiqin berfungsi sebagai nadi komuniti yang penting bagi tujuan ibadah dan penyatuan ummah. Pihak surau menyediakan persekitaran yang kondusif dan tenang untuk bersolat, pendidikan agama, serta aktiviti kemasyarakatan. Dengan aspirasi untuk memupuk semangat perpaduan, surau ini memainkan peranan utama dalam memperkasakan kerohanian penduduk setempat. Melalui penganjuran pelbagai program ilmu seperti kelas al-Quran dan seminar, pihak surau berhasrat melahirkan masyarakat yang berilmu dan harmoni. Surau As-Siddiqin komited untuk menjadi pusat sehenti bagi penduduk setempat, mengeratkan silaturahim dan mengimarahkan syiar Islam di Bandar Tasik Puteri.
Visi
Menjadi pusat kecemerlangan ummah yang unggul dalam memacu penghayatan Islam, pengukuhan silaturahim, dan pembelajaran sepanjang hayat di Bandar Tasik Puteri.
Misi
Menyediakan persekitaran yang kondusif bagi tujuan ibadah, pendidikan, dan aktiviti kemasyarakatan, serta memperkasakan kerohanian dan mengeratkan silaturahim di kalangan penduduk.
Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.
Hadis riwayat Abu Abdullah Muhammad ibn Ismail ibn Ibrahim ibn al-Mughirah ibn Barzirbah al-Bukhari dan Abu al-Husain Muslim ibn al-Hajjaj ibn Muslim al-Qusyairie al-Naisaburi
Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn 'Umar ibn al-Khatthab (ﺎﻤﻬﻨﻋ ﷲا ﻲﺿر) beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:
lslam itu terbina atas lima perkara: Naik saksi mengaku bahawa sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad itu adalah Utusan Allah, Mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, mengerjakan haji ke baitulLah dan menunaikan puasa pada bulan Ramadhan.
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan al-lmam Muslim
Daripada Abu Hamzah Anas ibn Malik r.a., khadam Rasulullah SAW, daripada Nabi SAW, Baginda bersabda:
Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri.
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan al-lmam Muslim
Daripada lbnu 'Umar r.a.ﺎﻤﻬﻨﻋ ﷲا ﻲﺿر bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
Aku telah diperintahkan supaya memerangi manusia sehingga mereka naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad utusan Allah, sehingga mereka mendirikan sembahyang dan membayar zakat. Apabila mereka telah berbuat demikian, maka mereka telah memelihara darah mereka dan harta mereka daripada aku, melainkan dengan hak lslam, dan hisab perhitungan amal mereka terserah kepada Allah Ta'ala.
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan al-lmam Muslim
LUJNAH
KESELAMATAN
LUJNAH
KEBERSIHAN
& KECERIAAN
En. Mohamad Noor
SIAK 1
Tn. Haji Abdullah
SIAK 2
LUJNAH
PEMBANGUNAN
Ust. Mohamad Faizal
PENGERUSI
Ustaz Khairil Asraf
TIMBALAN PENGERUSI
LUJNAH
DAKWAH &
KEBAJIKAN
Lujnah
LUJNAH
EKONOMI
En. Hisham | AJK
LUJNAH
KHAIRAT
KEMATIAN
Tn. Haji
Mohd Fadil | AJK
LUJNAH
SAJIAN DAN
KERAIAN
En. Yusri Jamil | AJK
KETUA
PEMUDA
AS-SIDDIQIN
En. Suffian Darduri
Dr. Siti Ruhani
KETUA
MUSLIMAT
AS-SIDDIQIN
SETIAUSAHA
En. Adik Mohamad
TIMBALAN
BENDAHARI
Sr. Hj Sohaime
LT. KOL (B)
Hj. Azhar Lee
BENDAHARI
Hussain
Zakaria
Hassan
Zakaria
IMAM 1
IMAM 2
BILAL 2
En. Jama'alulain
BILAL
MUSLIMAT
Pn. Faizah
Carta Organisasi
Infaq & Sumbangan
Sumbangan dan infaq
Tabung Pengurusan Surau As-Siddiqin
“Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi Meliputi ilmu pengetahuan-Nya.
(Surah al-Baqarah: 261)

FPX | TOYYIBPAY
Infaq dan Sumbangan melalui FPX. Klik atau imbas (Jangan Imbas guna aplikasi perbankan.)

DUITNOW
Pindahan secara atas talian terus ke akaun bank untuk kemudahan penyumbang.

JOMPAY
Pindahan secara JOMPAY juga disediakan bagi kemudahan penyumbang.
Kuliah & Tazkirah
KULIAH MINGGUAN/BULANAN
MUSLIMIN / MUSLIMAT DI JEMPUT HADIR
DEWAN SOLAT UTAMA / MUSLIMAT
SURAU AS-SIDDIQIN
USTAZAH HAJAH FADZLINA ABDUL AZIZ
KULIAH MUSLIMAT
Pengajian Fiqh Darah Wanita
Setiap Khamis Minggu Pertama
dan Ketiga Setiap Bulan
9.00 - 10.30 pagi
Dewan Solat Muslimat
Surau As-Siddiqin
KULIAH MUSLIMAT
EASY TADABBUR
Setiap Selasa Minggu Kedua
Setiap Bulan
9.00 - 10.30 pagi
Dewan Solat Muslimat
Surau As-Siddiqin
USTAZAH NURUL HIDAYAH BINTI KAMARUDIN
KULIAH MUSLIMAT
KULIAH TADABBUR
Setiap Selasa Minggu Keempat
Setiap Bulan
9.30 - 11.00 pagi
Dewan Solat Muslimat
Surau As-Siddiqin
USTAZAH AZILA BINTI SHAMSUDIAN
KULIAH DHUHA MUSLIMAT & MUSLIMAT
PERINDAHKAN SOLATMU
Setiap Isnin Minggu Ketiga
Setiap Bulan
9.30 - 11.00 pagi
Dewan Solat Utama
Surau As-Siddiqin
USTAZ MOHD DZUL KHAIRI BIN MOHD NOOR
Program | Aktiviti
Himpunan aktiviti dan program pengimarahan yang telah dilaksanakan oleh pihak surau.
Pihak Pengurusan Surau As-Siddiqin dengan penuh rasa syukur memaklumkan bahawa program Kuliah Maghrib Perdana yang menampilkan penceramah jemputan khas, Ustaz
24/10/2024 – Kuliah Tadabbur diadakan setiap hari Selasa minggu keempat (4) setiap bulan di Dewan Solat Utama, Surau As-Siddiqin Bandar
21/10/2024 – Kuliah Dhuha dengan tajuk PERINDAHKAN SOLAT MU yang diadakan setiap hari Isnin minggu ketiga dan ketiga setiap bulan
17/10/2024 – Kuliah Muslimat dengan tajuk PENGAJIAN FIQH DARAH WANITA yang diadakan setiap hari khamis minggu pertama dan ketiga setiap