Blok Maple BTP | 17/2/2022 – Bantuan kepada keluarga yang di kurantin akibat C19 diteruskan untuk anak-anak kariah Surau As-Siddiqin. Terkini adalah giliran Blok Maple yang memanfaatkan sumbangan orang ramai melalui Surau As-Siddiqin.
Kebertanggungjawaban tok ketuanya iaitu En. Ahmad Suhaimi Bin Abu Samah yang terkenal dengan panggilan Pak Andak bersama Setiausaha yang lebih dikenali sebagai Wan Watashi Watanabe serta rakan-rakan yang lain sentiasa cakna dengan anak-anak buahnya dalam bersama menangani keluarga-keluarga yang terkesan akibat pendamik C19 yang tidak berkesudahan ini.
Sumbangan bantuan ini telah dihantar secara terus lebih kepada 10 keluarga yang dikurantin akibat C19 tanpa mengira status dan kedudukan keluarga-keluarga ini. Semoga dengan usahasama ini mendapat keberkatan Ilahi dan dipermudahkan segala urusan.
Bagi anak-anak kariah yang positif dan ahli keluarga yang terlibat, bersama kita doakan semoga Allah memberi kesembuhan buat mereka inshaAllah.
Amin







Alhamdulillah