SUDAHKAH
ANDA MENJADI
AHLI KHAIRAT ?
TERMA DAN SYARAT KHAIRAT KEMATIAN
Garis Panduan Khairat Kematian Surau As-Siddiqin Bandar Tasik Puteri.
Ketetapan dan syarat penyertaan sebagai ahli khairat kematian adalah seperti dibawah;
-
Penyertaan
-
Penyertaan boleh dibuat pada bila-bila masa tanpa ada kekangan tempoh had masa dan hendaklah di buat secara “in good faith” iaitu secara jujur tanpa ada niat menyeleweng atau mengambil kesempatan ke atas penyertaan yang boleh di buat bila-bila masa.
-
-
Kadar Yuran dan Sumbangan
-
Kadar Yuran dan Sumbangan adalah seperti Jadual berikut;
-
Bil 1: Yuran Pemprosesan – untuk penyertaan ahli baharu sahaja: RM60.00
-
Bil 2: Sumbangan Khairat – Diperbaharui setiap tahun: RM60.00
-
-
-
Tempoh Bertenang (Cooling Period)
-
Tempoh bertenang (Cooling Period) adalah bermula daripada tarikh penerimaan borang penyertaan ahli baru/tambahan bersama bayaran yang ditetapkan sehingga 31 Disember tahun tersebut KECUALI bagi penyertaan pada bulan Disember, tempoh bertenang adalah sehingga 31 Januari tahun berikutnya.
-
Sekiranya berlaku kematian dalam tempoh bertenang, peserta/waris hanya layak menerima manfaat bagi Perbelanjaan Pengurusan Jenazah JADUAL 1 sahaja dan tidak layak menerima baki Manfaat Belum Guna.
-
Peserta baru/tambahan hanya diiktiraf menjadi Ahli Khairat bermula selepas tempoh bertenang. Tarikh tamat keahlian adalah ditetapkan pada 31 Disember setiap tahun.
-
-
Pembaharuan Keahlian
-
Peringatan Pembaharuan Keahlian secara umum akan di buat satu (1) bulan sebelum tarikh tamat keahlian. Sumbangan pembaharuan Ahli Khairat boleh dijelaskan pada masa ini.
-
Jika Sumbangan pembaharuan Ahli Khairat masih belum dijelaskan sebelum atau pada tarikh keahlian tamat, peserta masih boleh membuat sumbangan pembaharuan dalam Tempoh Pembaharuan Di lanjutkan dalam masa satu (1) bulan dari tarikh tamat tempoh keahlian.
-
Namun, dalam Tempoh Pembaharuan Dilanjutkan (TEMPOH BERTENANG KEAHLIAN DITAMATKAN), sekiranya berlaku kematian dalam tempoh bertenang, peserta/waris hanya layak menerima manfaat bagi Perbelanjaan Pengurusan Jenazah JADUAL 1 sahaja dan tidak layak menerima baki manfaat belum guna.
-
Sekiranya keahlian masih tidak diperbaharui selepas satu (1) bulan dari tarikh tamat keahlian, iaitu selepas 31 Januari maka keahlian di kira terbatal dan sekiranya ingin meneruskan atau menyambung keahlian hendaklah membuat penyertaan sebagai ahli baru.
-
-
Penama Ahli Khairat Kematian
-
Penama Ahli Khairat Kematian yang layak untuk disenaraikan dalam borang penyertaan adalah seperti berikut;
-
(i). Pemohon – secara automatik sebagai penama.
-
(ii). Pasangan Pemohon – suami atau isteri atau isteri-isteri pemohon yang tinggal bersama dalam satu rumah yang dinyatakan dalam borang permohonan.
-
(iii). Anak-anak belum berkahwin termasuk anak tiri dan anak angkat yang sah yang tinggal bersama dalam satu rumah yang dinyatakan dalam borang permohonan.
-
(iv). Jika semasa berlaku kematian anak-anak atau isteri pemohon didapati telah hilang kelayakan atas sebab tidak tinggal bersama atau telah berkahwin, Lujnah Khairat Kematian hendaklah dimaklumkan supaya jenazah tersebut boleh diuruskan sebagai Bukan Ahli Khairat.
-
(v). Ibubapa / Mertua yang tinggal bersama dalam satu rumah yang dinyatakan dalam borang permohonan.
-
-
Selain dari di atas, mereka adalah tidak layak di letakkan sebagai Penama Ahli Khairat Kematian walaupun mereka tinggal dirumah yang sama. Mereka yang berkenaan termasuk penama asal yang telah hilang kelayakan hendaklah memohon sebagai Ahli Khairat Kematian secara berasingan.
-
Penambahan penama baru boleh di buat pada bila-bila masa selepas pendaftaran tetapi temaktub kepada Tempoh Bertenang (Cooling Period) seperti dinyatakan di para 3.
-
-
Manfaat Kematian
-
(i). Manfaat Asas adalah sebanyak RM2,000.00 untuk setiap kematian ke atas penama dalam tempoh aktif keahlian.
-
(ii). Atas keizinan waris, Jenazah Ahli Khairat dan Penama-penama yang meninggal dunia di rumah yang didaftarkan atau hospital dan pusat perubatan berdekatan akan diuruskan oleh Lujnah Khairat Kematian Surau As-Siddiqin (LKKSAS).
-
(iii). Kematian berbilang atau lebih dari satu dalam Tempoh Masa Bertenang Kematian (TMBK) iaitu selama tiga (3) bulan di antara satu kematian dengan kematian yang seterusnya dalam satu keahlian yang sama, hanya kematian yang pertama layak menerima Manfaat Asas penuh RM2,000.00 dan Manfaat Belum Guna akan diserahkan kepada Ahli/Waris. Untuk kematian kedua (2) atau/dan seterusnya yang masih di dalam TMBK ahli/waris hanya layak menerima Manfaat Kos Pengurusan Jenazah sahaja dengan had maksima RM1,300.00 setiap kematian tertakluk kepada had maksima keseluruhan sebanyak RM4,000.00 atau mana-mana yang terendah. [Rujuk Lampiran – Contoh 1 dan 2].
-
(iv). Kematian berbilang atau lebih dari satu dalam masa SERENTAK – Akan menerima Manfaat Kos Pengurusan Jenazah bagi setiap jenazah dengan had maksima keseluruhan RM5,000.00 dan Manafaat Belum Guna jika keseluruhan kos pengurusan jenazah kurang dari RM2,000.00.
-
(v). Jika berlaku kematian gabungan perkara (iii) dan (iv) di atas dalam Tempoh Masa Bertenang Kematian (TMBK) bermula dari tarikh kematian pertama, maka had maksima keseluruhan adalah RM5,000.00 termasuk Manafaat Belum Guna yang telah diserahkan selepas mana-mana kematian.
-
(vi). Pihak Surau As-Siddiqin akan mengadakan Majlis Tahlil selama tiga (3) malam berturut-turut (jika pihak waris tidak melakukan Majlis Tahlil di rumah).
-
(vii). Baki Manfaat Belum Guna – Baki manfaat belum guna akan diserahkan kepada waris setelah ditolak semua perbelanjaan pengurusan jenazah yang telah ditetapkan.
-
Perbelanjaan Pengurusan Jenazah adalah kos pengurusan jenazah yang ditetapkan oleh LKKSAS pada ketika kematian berlaku.
-
Ahli Khairat akan di beri nombor talian Koordinator Khairat Kematian untuk dihubungi jika berlaku musibah kematian ke atas ahli/penama. Sila maklumkan nombor talian tersebut kepada ahli keluarga mengikut kesesuaian peserta.
-
Penyata Ahli Khairat/Resit – akan diserahkan kepada ahli sebagai Ahli Khairat berdaftar secara atas talian atau Salinan kertas setelah diproses dan data Ahli Khairat dikemaskini.
-
-
Tuntutan Manfaat Kematian
-
(i). Bagi Pengurusan Jenazah yang dilaksanakan oleh pihak LKKSAS, semua pengurusan kos dan perbelanjaan akan dilakukan oleh Pengurus Jenazah. Jika terdapat kos pengurusan jenazah yang melebihi had yang telah ditetapkan, Ahli Khairat /waris bertanggungjawab untuk membayar balik tambahan perbelanjaan tersebut kepada pihak LKKSAS. Jika terdapat manfaat yang belum digunakan (Manfaat Belum Guna), baki akan diserahkan kepada ahli/waris.
-
(ii). Bagi Pengurusan Jenazah yang dilaksanakan oleh pihak ketiga, Ahli Khairat/waris boleh membuat tuntutan untuk manfaat kematian yang telah ditetapkan dengan mengisi borang yang disediakan, disertakan resit-resit kos pengurusan jenazah yang berkaitan dan dokumen kematian yang berkaitan. Borang tuntutan yang lengkap hendaklah diserahkan ke pihak LKKSAS untuk diproses. Bayaran balik akan mengambil masa antara 3 ke 5 hari berkerja.
-
(iii). Kelulusan adalah tertakluk kepada had maksimum kelayakan yang telah ditetapkan.
-
-
Tanggungjawab
-
(i). LKKSAS akan menggunakan wang sumbangan ahli-ahli bagi tujuan pengurusan jenazah sebagaimana dinyatakan dalam Terma dan Syarai Khairat Kematian Surau As-Siddiqin.
-
(ii). Dalam keadaan tertentu, wang tersebut juga boleh digunakan bagi tujuan-tujuan lain yang berkaitan seperti perolehan/penyenggaran kenderaan jenazah, pengurusan bilik pengendalian jenazah, penyediaan kemudahan kelengkapan pengurusan jenazah, salinan dokumen, sajian mesyuarat, kenduri tahlil dan sebagainya yang diputuskan oleh LKKSAS.
-
(iii). Atas dasar tolong-menolong dalam mengerjakan fardhu kifayah, Sekiranya wang sumbangan tidak mencukupi, sumbangan tambahan daripada ahli dan keluarga/waris adalah diperlukan bagi pengurusan jenazah secara sempurna.
-
(iv). Perlu di ambil maklum bahawa peranan LKKSAS hanyalah sebagai penyelaras sahaja, kerana setiap ahli kariah adalah bertanggungjawab bagi menguruskan setiap jenazah dengan sempurna.
-
-
Pelaksanaan
-
(i). Semua perkara di atas adalah tertakluk kepada perubahan dan atas budi bicara Pengurusan Surau As-Siddiqin.
-
Jadual Sumbangan Khairat
- Sumbangan
- Ilustrasi Bayaran



Jadual Manfaat Kematian
- Manfaat Kematian Asas
- Kematian Berbilang


Jadual Kos Pengurusan Jenazah
- Jadual 1
- Jadual 2
- Jadual 3


