Surau As-Siddiqin

Fasilitasi
Dan Kemudahan
Surau As-Siddiqin ?

Kemudahan bagi kebergunaan bersama jemaah qariah Surau As-Siddiqin serta penduduk berhampiran.

RUANG

Ruang solat ini dilengkapi dengan sistem penghawa dingin yang boleh memuatkan antara 400-500 jemaah di ruang muslimin dan antara 200-300 di ruang muslimat. Kedua-dua ruang boleh digunakan secara serentak atau berasingan. Ketika Solat Jumaat, kedua-dua ruang ini boleh memuatkan sekitar 800 jemaah dalam satu masa.

PROGRAM

Ruangan ini digunakan untuk program-program yang bersifat ilmiah dan kemasyarakatan selagi mana tidak bercanggah dengan syaraq dan mengikut garis panduan JAIS dan MAIS serta ketetapan dan syarat pengurusan surau.

KEMUDAHAN

1. Sistem siaraya (PA System)
2. Paparan TV
3. Ruangan Berhawa Dingin
4. Penggunaan Projektor
5. Soket Mata Palam tersedia
6. Wifi (Penggunaan Terhad)

Dewan Solat Utama & Ruang Solat Muslimat

DEWAN TERBUKA

Dewan terbuka di sebelah kanan surau digunakan sebagai ruang solat tambahan jika kapasiti ruang solat utama penuh terutama ketika solat jumaat, solat hari raya solat tarawih ketika bulan ramadan atau mengikut keperluan tertentu. Dianggarkan dapat menampung jemaah sekitar 700-800 jemaah yang boleh solat dalam ruangan ini.

LUAS

Dengan berkeluasan 9 buah khemah bersais 18x18 kaki, ruang dewan ini sesuai digunakan untuk tujuan aktiviti surau atau kegunaan jemaah serta penduduk sekeliling bagi urusan walimatulurus, kenduri atau lain-lain program yang sesuai selagi mana tidak melanggar hukum syaraq.

KEMUDAHAN

1. Sistem siaraya bersepadu
(Intergrated PA System)
2. 2 Kipas Gergasi
3. Pentas bersaiz sederhana
4. Penggunaan Projektor
5. Soket Mata Palam tersedia
6. Wifi (Penggunaan Terhad)
7. Pentas Tersedia

Dewan Muhammad Al-Fateh (Ruang Solat Tambahan Kanan)

RUANG TAMBAHAN

Ruang di sebelah kiri digunakan sebagai ruang tambahan untuk solat jika diperlukan terutama ketika solat jumaat atau solat hari raya. Ruangan ini dapat menampung jemaah sekitar 200 jemaah dalam satu masa. Dalam keadaan biasa ruangan ini akan digunakan sebagai ruang jamuan dan penyediaan oleh Biro Keraian dan Sajian. Jamuan-jamuan terbuka untuk program-program anjuran pihak surau, iftar dan lain-lain akan di buat diruangan ini untuk menjamu jemaah atau tetamu yang hadir.

KEMUDAHAN

1. Kipas Dinding dan Siling
2. Tandas Muslimin & Muslimat
3. Kolah Wudhu Muslimin

Ruang Jamuan dan Penyediaan (Ruang Solat Tambahan Kiri)

bILIK MESYUARAT

Bersaiz sederhana boleh memuatkan 13-20 orang, lengkap dengan meja dan kerusi mesyuarat, papan putih, berhawa dingin, kabinet, penggunaan projektor, 50 inci Smart TV dan lain-lain.

RUANG PARKIR

Ruang parkir untuk kereta dan motosikal disediakan di bahagian atas sekitar dewan dan di bahagian bawah

LAIN-LAIN KEMUDAHAN

Bilik Pengurusan Jenazah - Biro Khairat Kematian, Tandas Muslimin, Tandas Muslimat, Tandas OKU, Ruang Wudhu Muslimin dan Muslimat, Kolah Wudhu Muslimin Sahaja Khidmat Katerer - Biro Sajian dan Keraian, Ruang sewaan untuk Mesin Vending

Bilik Mesyuarat, Ruang Parkir Kenderaan dan lain-lain kemudahan

Berminat untuk menggunakan kemudahan yang disediakan ?

Sila hubungi En. Hisyam melalui pautan whatsapp di bawah untuk sebarang pertanyaan. Pelbagai kemudahan boleh digunakan oleh jemaah, ahli kariah, syarikat, sekolah atau NGO dengan kadar yang munasabah.

Scroll to Top