12/3/2022 | SASBTP – Karnival Kembali ke Sekolah 2022 telah dianjurkan oleh pihak Surau As-Siddiqin diperkarangan surau. Program ini diadakan dengan kerjasama ketua-ketua/wakil setiap blok dalam qariah surau. Pelbagai aktiviti telah di rancang bagi meraikan anak-anak qariah yang akan memulakan sesi persekolahan 2022.
Dalam program ini, pengerusi surau Tuan Hj. Ust Ea’dil bin Mat telah merasmikan majlis dan telah menyampaikan sumbangan Baucer pembelian pakaian seragam sekolah yang bernilai RM100.00 setiap seorang beserta dengan beg sekolah kepada anak-anak asnaf melalui nama-nama yang telah disenaraiakan oleh ketua-ketua blok. Di samping itu pihak surau telah menyediakan khidmat gunting rambut bagi anak-anak yang akan bersekolah secara percuma Biro Sajian dan Keraian juga menyediakan sarapan pagi untuk tetamu yang hadir.
Disamping itu pihak Lembaga Zakat Selangor juga mengambil bahagian dengan menghantar unit bergerak ke program ini. Sebarang persoalan atau maklumat tentang zakat dapat disalurkan dan disampaikan secara terus kepada anak qariah yang hadir. Pihak PERKIM Bandar Tasik Puteri juga ada membuka kaunter khidmat pelupusan Al-Quran dengan kadar bayaran yang tertentu dan pihak surau juga telah memberi subsidi sebahagian dari kos pelupusan. Tidak lupa juga kaunter Khairat bagi mereka yang ingin mendaftar atau memperbaharui keahlian.
Alhamdulilillah program telah mendapat sambutan yang agak menggalakkan serta mendapat liputan Berita Al-Hijrah dan inshaAllah akan diadakan lagi pada tahun berikutnya.

















