Surau As-Siddiqin

Majlis Khatam Al-Quran & Sumbangan Aidilfitri Untuk Asnaf 1443H

25/4/2022 | SASBTP – Ihya Ramadan 1443H, alhamdulillah mensyukuri nikmat Yang Maha Esa tahun ini pihak surau dapat meraikan ramadan dengan melaksanakan beberapa aktiviti yang berkaitan lebih baik dari tahun sebelumnya akibat pandemik Covid-19. Pada 24/4/2022 bersamaan 22 Ramadan 1443H Majlis Khatam Al-Quran dan Penyampaian Sumbangan Aidilfitri untuk Asnaf-asnaf dalam qariah Surau As-Siddiqin.

Majlis dirasmikan oleh Pengerusi Surau As-Siddiqin, Tn. Hj Ustaz Ea’dil bin Mat sementara Ustaz Mohd Khairil Asraf sebagai pengerusi majlis yang menyerikan suasana. Dua kumpulan khatam dari muslimat As-Siddiqin mengambil bahagian dalam majlis khatam Al-Quran selain daripada muslimin jemaah surau. Setiap peserta majlis khatam telah dihadiahkan cenderahati buat kenang-kenangan.

Bagi meraikan asnaf-asnaf yang telah dijemput bersama menghadiri majlis khatam Al-quran, pihak surau telah membuat sumbangan aidilfitri untuk keluarga ini. Pemberian tunai sebanyak RM500.00 serta sekampit beras telah berikan kepada setiap keluarga ini bagi meringankan beban ketika hari raya aidilfitri nanti. Kesemua summbangan adalah hasil dari infaq atau sumbangan orang ramai atau jemaah Surau As-Siddiqin.

Sepanjang ramadan juga pihak surau melalui Biro Sajian dan Keraian menyediakan pek iftar bagi diagihkan kepada jemaah dan orang ramai. Agihan di buat seara “drive-thru” di depan pintu utama surau. Segala perbelanjaan iftar adalah melalui penajaan individu, syarikat serta jemaah surau. Aktiviti solat sunat tarawih sentiasa penuh di ruang solat utama sehingga ke akhir ramadan dan diakhiri dengan tazkirah ramadan oleh ustaz-ustaz yang di jemput khas dan di susun rapi oleh Biro Dakwah. Disamping itu bacaan tahlil juga di buat sepanjang ramadan bagi mereka yang berhajat yang diketuai oleh imam-imam bertugas. Semoga Surau As-Siddiqin sentiasa dirahmati dan diberkati yang Maha Esa, inshaAllah.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top