Sesungguhnya, rezeki tak pernah silap alamat…
Di pagi hari yang baik ini, satu program kerjasama antara ARC Selayang & Surau As Siddiqin BTP yang telah menatijahkan rezeki yang baik juga buat ibu tunggal/tinggal dan anak yatim yang tinggal di kariah Surau As Siddiqin BTP ini apabila menerima sumbangan berbentuk barangan dapur dari team Alternative Riding Club atau lebih dikenali dengan ARC Selayang yang membuat program Hit and Run untuk mengedarkan sumbangan di surau masjid sekitar Selayang sempena sambutan Maulidur Rasul pada hari ini.
Majlis bermula dengan ucapan dari wakil surau iaitu En. Ahmad Azian yang merupakan setiausaha surau, diikuti oleh En. Kamal yang merupakan Pengarah ARC Selayang dan diakhiri dengan laungan zikir oleh semua ahli ARC Selayang.
Program Simple…tapi Padu!!! Matlamat Sampai.
Oleh kerana ini adalah aktiviti dan program bersama pertama antara pihak surau As Siddiqin BTP dan ARC Selayang dalam masa pandemik ini, tidak banyak aktiviti yang kami boleh anjurkan bersama kerana tertakluk kepada SOP yang telah ditetapkan.
Oleh itu, kami berharap, terutama bagi pihak wakil pemuda Surau As Siddiqin BTP, program seperti ini akan dapat diteruskan dari masa ke semasa, mungkin dalam skala yang lebih besar dalam menyantuni anak muda di kariah surau ini dan juga masyarakat setempat yang cukup dahagakan program program yang berimpak besar setelah lebih setahun surau kami cuti dari program program secara fizikal dan berskala besar ini.
Kita jumpa di program akan datang!
Wakil Pemuda
Surau As Siddiqin
Bandar Tasik Puteri.



