Surau As-Siddiqin

Aktiviti Muslimat – Feb 2023

Muslimat As-Siddiqin, BTP – Walaupun Surau As-Siddiqin masih dalam pembinaan dan naik taraf bangunan, muslimat Surau As-Siddiqin masih aktif menyertai program anjuran surau dalam kariah Masjid Bandar Tasik Puteri dan mengadakan program pengisian jiwa membina iman serta menambah pengetahuan.

25/2/2023 – Surau As-Sobirin telah menganjurkan program pengurusan jenazah muslimat bertujuan menambah pengetahuan dan berkongsi pengalaman dalam menguruskan jenazah. Ustazah Wan Norihan selaku AJK Bilal Muslimat Surau As-Siddiqin bersama beberapa wakil muslimat telah mengambil bahagian dalam program ini. Semoga segala usaha ini dapat meningkatkan lagi mutu pengurusan jenazah muslimat di Surau As-Siddiqin.

28/2/2023 – Setelah sekian lama program kuliah dhuha muslimat dihentikan untuk sementara waktu untuk memberi laluan projek naik taraf surau dijalankan. Sebelum ini kuliah dhuha diadakan 2 kali sebulan setiap khamis. Selaku ketua wakil muslimat Surau As-Siddiqin, Dr Siti Ruhani Safar serta rakan-rakan telah mengadakan kuliah dhuha diluar premis surau di salah sebuah rumah inap berhampiran. Penceramah tetap kuliah dhuha muslimat, Ustazah Latifah telah di jemput khas bagi memenuhi aktiviti yang telah di rancang. Alhamdulillah seramai 50 orang muslimat yang merindui program ini hadir dengan penuh semangat. Program ini diakhiri dengan jamuan yang disediakan khas untuk yang hadir.

Semoga program dan akitviti muslimat akan berterusan direncanakan di masa hadapan, inshaAllah.

Kredit
Dr. Siti Ruhani dan rakan-rakan
Ustazah Wan Norihan dan rakan-rakan

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top