Surau As-Siddiqin

Mensyukuri nikmat Allah – Taman dalam Surau

11.01.2022 | Bandar Tasik Puteri – Dalam diam-diam Siak Surau As-Siddiqin dan rakan-rakan telah mengambil inisiatif untuk menghijaukan perkarangan surau sementara menanti bermulanya projek pembesaran surau. Beliau Hj. Roslan serta rakan-rakan seperti Hj. Dolah dan beberapa lagi rakan telah menanam sayuran secara hydroponik. Semua benih tanaman, peralatan, baja serta khidmat nasihat adalah melalui sumbangan individu.

Selain dari tanaman sayuran, diperkarangan pejabat juga telah dihiasi dengan tanaman dan bungaan dalam pasu bagi mencantikkan lagi permandangan. Suasana kehijauan yang memberi ketenangan kepada yang datang untuk sebarang urusan yang berkaitan, inshaAllah.

Bagi mereka yang ingin menyumbang apa jua berkaitan tanaman, bunga-bungaan, pasu atau berkaitan boleh datang ke surau dan berjumpa dengan Hj. Roslan. Kebiasaannya di sebelah pagi antara jam 9-10 pagi beliau ada di perkarangan surau untuk aktiviti kebersihan surau jika tiada urusan lain. Semoga segala usaha ini dapat menfaatkan anak kariah Surau As-Siddiqin secara tidak langsung dan mari kita doakan semga tok siak dan rakan-rakan sentiasa dalam kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan, InshaAllah

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top