Surau As-Siddiqin

Jom Beriadah, Terbuka untuk kariah – Badminton dan Futsal

8/1/2022 | Bandar Country Homes – Setelah sekian lama sejak PKP pada April 2020 pemuda Surau As-Siddiqin saudara Adik Mohamad Bin Hj. Man telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan aktiviti riadah badminton bagi anak kariah surau. Bertempat di gelanggang badminton Bandar Country Homes setiap sabtu minggu ke2 dari jam 10.00 malam hingga 12.00 malam setiap bulan. Di samping itu pada malam sabtu minggu ke3 setiap bulan aktiviti futsal juga akan diadakan. Bagi anak kariah yang berminat boleh hadir dengan kelengkapan dan pakaian yang sesuai serta tiada sebarang bayaran dikenakan.

Semoga dengan adanya aktiviti ini dapatlah mengeratkan silaturahmi antara anak-anak kariah surau di samping dapat mengeluarkan peluh dan menyihatkan badan. Namun demikian SOP yang telah ditetapkan tetap terjaga bagi memastikan penularan Covid-19 terkawal inshaAllah.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top