SUDAHKAH
ANDA MENJADI
AHLI KHAIRAT ?
Pengenalan
TUJUAN
Sebagai fardhu kifayah pengurusan jenazah untuk Qariah Surau As Siddiqin Bandar Tasik Puteri [ ahli dan bukan ahli ] dan membantu keluarga yang menghadapi kesusahan mengikut kemampuan Surau As-Siddiqin.
PENGURUSAN
Pengurusan khairat kematian adalah tertakluk dalam Pengurusan Ahli Jawatan Kuasa Surau As-Siddiqin di bawah LUJNAH KHAIRAT KEMATIAN SURAU AS-SIDDIQIN.
PENGERTIAN KHAIRAT
Khairat adalah perkataan Arab yang bermaksud “Kebajikan” yang merangkumi derma, sedekah atau sumbangan ikhlas. Khairat Kematian boleh diertikan sebagai satu tabung kebajikan pengurusan kematian dengan sumber pembiayaannya adalah dari caruman sumbangan ikhlas (At-tabarru’at) dari ahli-ahli khairat kematian. Berkonsepkan Takaful (dari perkataan Arab, “al-kafala” yang bermaksud ‘saling jamin menjamin’) selari dengan prinsip ta’awun iaitu tolong menolong di kalangan ahli-ahli khairat kematian. Bersama membantu antara satu sama lain adalah perkara yang terpuji dalam Islam seperti mana yang dirakamkan dalam surah Al-Maidah ayat 2 yang bermaksud:
“ Dan hendaklah kamu tolong menolong di atas perkara kebaikan dan taqwa dan janganlah kamu tolong menolong di atas perkara dosa dan permusuhan”
Semoga segala usaha bersama ahli-ahli dan pengurusan mendapat keberkatan dan keredhaanNya, InshaAllah.
Sekadar Bersedia, Mati tak tahu bila.
Bagi meringankan beban ahli keluarga dengan hanya sumbangan tahunan RM60.00 dengan manfaat kematian RM2,000.00 dengan setiap kematian. Termaktub kepada terma dan syarat.

Terma & Syarat
Perincian syarat dan terma yang telah digariskan bagi ahli-ahli.

Carta Aliran
Carta mudah sebagai panduan jika berlakunya kematian.

Koordinator
Dengan siapa yang perlu dihubungi jika berlaku kematian.