4/2/2023 | Bandar Sri Sendayan Negeri Sembilan. Deruman enjin bas menandakan roda bas mula bergolek perlahan-lahan keluar dari Bandar Tasik Puteri menuju destinasi yang telah di rancang rapi oleh jawatankuasa muslimat di bawah panatia program Ustazah Wan Norihan. Masjid Sri Sendayan telah di pilih secara sebulat suara, tersenyum seronok menyertai rombangan bersama rakan-rakan dan “makcik-makcik” yang mungkin kali terakhir menyertai rombongan bersama dengan menaiki sebuah bas pada zaman persekolahan dulu-dulu. Mengamit memori yang tidak pernah lekang di zaman.
Rombongan ini disertai oleh 45 ahli grup mengaji muslimat Surau As-Siddiqin dan semua perbelanjaan adalah ditanggung sepenuhnya oleh Pengurusan Surau As-Siddiqin. Setelah sekian lama dibelenggu oleh kemelut COVID-19 dah hanya menjalankan aktiviti di sekitar kariah Surau As-Siddiqin sahaja, hari ini mengambil peluang sempena cuti hujung minggu yang panjang “membebaskan” diri dengan mengadakan lawatan muhibbah ke Masjid Sri Sendayan, Negeri Sembilan. Tiba diperkarangan masjid sekitar jam 10.30 pagi dan di sambut meriah oleh wakil muslimat Masjid Sri Sendayan. Bukan sekadar mengadakan lawatan biasa, setiap waktu telah diwarnakan dengan taklimat, aktiviti bersama muslimat serta jamuan makan tengahari.
Selesai berehat setelah menunaikan solat zohor warna-warni aktiviti diteruskan dengan aktiviti santai dikawasan sekitar dan seterusnya bertolak pulang ke Bandar Tasik Puteri. Selamat tiba di Bandar Tasik Puteri hampir jam 7.00 petang yang di sambut dengan hujan lebat yang penuh keberkatan. Semoga peserta program ini memperolehi manfaat dan keberkatan sewajarnya, inshaAllah.














Alhamdulillah syukur dapat join muslimat g melawat masjid sri sendayan. Terima kasih byk2 pihak Surau As-Sidiqqin dan pihak lain yg menaja rombongan ini.