30/3/2022 | SASBTP – Majlis Bacaan Yasin 7 Mubin telah dianjurkan pada 30 Mac 2022 bermula jam 8.30 pagi oleh Muslimat Surau As-Siddiqin. Bacaan yasin serta doa telah dipimpin oleh Ustazah Nawiya Abu. Beliau merupakan seorang agamawati yang amat dikenali dikalangan pencinta Al-Quran di sekitar Selangor kerana beliau bergiat aktif dalam bidang dakwahnya dalam kawasan Selangor dan secara tidak langsung meluaskan kawasan dakwahnya di beberapa kawasan lain di dalam Malaysia.
Majlis berjaya mengumpulkan dalam 100 orang muslimat dari kalangan jemaah Surau As-Siddiqin serta kawasan sekitar dan beberapa orang jemputan khas. Majlis dirasmikan oleh Imam 1 Surau As-Siddiqin, yang dihormati Imam Mohd Padzli Hassan dan majlis berlabuh pada jam 12.00 tengahari.
Pengarah Program : Dr. Siti Ruhani Saffar



