Surau As-Siddiqin

Kursus Pengurusan Jenazah dan Harta Pusaka

28/9/2024 – Kursus Pengurusan Jenazah dan Harta Pusaka yang dianjurkan oleh Lujnah Khairat Kematian yang dibantu oleh Muslimat As-Siddiqin pada 28 September 2024. Program berjaya menarik minat lebih 50 orang peserta, musliman dan muslimat yang berlangsung di Dewan Solat Utama Surau As-Siddiqin Bandar Tasik Puteri.

Kursus dibahagikan kepada 2 sesi iaitu sesi 1 untuk Pengurusan Jenazah yang di pimpin oleh Ustaz Abdul Ghaffar Bin Ab. Ghani (Penolong Pengurus Kesetiausahaan MAIS) dan sesi 2 mengenai Pengurusan Harta Pusaka yang disampaikan oleh Ustaz Hj Mohammad Salleh bin Abdul Saha (Ketua Bahagian Dakwah dan Pemasaran MAIS).

Semoga semua yang hadir bersama mendalami ilmu yang mungkin tidak disempurnakan sebelum ini dapat dimanfaat sempenuhnya. Bagi yang berminat untuk menjadi sebahagian dari pasukan pengurusan jenazah Surau As-Siddiqin juga dialu-alukan. Masa tidak menunggu kita dan titik notah kehidupan itu pasti hadir. Semoga kita bersama perolehi keredhaan NYA, InshaAllah.

Lujnah Dakwah, Lujnah Khairat Kematian dan Muslimat As-Siddiqin.

Untuk Rujukan

Slide isu Harta Pusaka untuk rujukan, dokumen di bawah boleh dimuat turun atau di cetak untuk simpanan peribadi. Untuk Pemahaman yang lebih baik sila rujuk berkuasa berkenaan untuk mengelakkan pemahaman yang tidak mengelirukan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top