Surau As-Siddiqin

Majlis Anugerah Kecemerlangan Anak Qariah 1443H

23/7/2022 – Dewan Lestari Puteri SMKBTP. Sebagai satu usaha meraikan anak-anak qariah surau yang telah berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Agama Menengah (SMA), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) serta pelajar Tahfiz yang telah berjaya khatam 30 juzuq Al-Quran. Dengan penuh kesyukuran pada tahun 2022 ini pihak surau dapat mengadakan majlis ini secara bersemuka dan mendapat sambutan meriah dengan kehadiran ibu-bapa pelajar. Majlis sulong pada tahun 2021 diadakan secara maya sepenuhnya walaupun begitu majlis masih dapat berlangsung dengan penuh gemilang.

Oleh kerana surau masih lagi dalam proses pembesaran dan naiktaraf, majlis MAKAQSAS 2022 telah diadakan di Dewan Lestari Puteri SMK Bandar Tasik Puteri bermula jam 8.00 pagi sehingga tengahari. Biro Sajian dan Keraian telah menyediakan sarapan pagi untuk para tetamu yang hadir. Seramai 26 orang anak-anak cemerlang hadir bersama keluarga masing-masing untuk menerima anugerah tahun ini. Setiap seorang menerima sijil anugerah, sumbangan wang tunai serta cenderahati bagi menyuntik semangat serta sedikit bantuan kewangan dari sumbangan jemaah serta orang ramai melalui tabung surau. Disamping itu kehadiran ketua-ketua atau wakil blok qariah surau juga bersama memeriahkah majlis.

Sebelum majlis bermula, tazkirah santai telah disampaikan oleh Ustaz Mohamad Faizal Anuar, Timbalan Pengerusi bagi mengisi masa sementara menanti kehadiran para tetamu. Program yang dicetuskan sendiri oleh Pengerusi, Tn. Hj. Ustaz Ea’dil Bin Mat ini diserikan dengan Ustaz Mohd Khairil Asraf Bin Wahab sebagai Pengerusi Majlis, doa oleh Imam 2, Saudara Muhammad Hafiz Bin Abdul Rahman dan dirasmikan oleh Nazri Masjid Bandar Tasik Puteri, Tuan Haji Ustaz Mohd Yusri Bin Ab. Manaf. Semua AJK telah bekerjasama menjayakan program ini dengan penuh dedikasi, semoga ianya menjadi satu program tahunan yang berterusan walaupun bertukar pengurusan inshaAllah.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top