Surau As-Siddiqin

Aktiviti Ramadan 1444H

SUMBANGAN RAMADAN ASNAF 1444H

Setiap kali menjelang Ramadan, asnaf-asnaf dalam kariah Surau As-Siddiqin tidak dilupakan. Alhamdullih sepertimana tahun sebelumnya, pihak Surau As-Siddiqin telah menyampaikan sedikit sumbangan kepada asnaf-asnaf untuk menghadapi bulan Ramadan. Sumbangan adalah dari jemaah serta anak qariah yang menyumbang melalui tabung-tabung Surau As-Siddiqin

Pengarah Program : BIRO KEBAJIKAN
Ustaz Mohamad Faizal Anuar – Timbalan Pengerusi
Dan semua AJK yang terlibat

IHYA RAMADAN

Ihya Ramadan 1444H, alhamdulillah mensyukuri nikmat Yang Maha Esa tahun ini pihak surau dapat meraikan ramadan dengan melaksanakan beberapa aktiviti sepenuhnya seperti biasa sebelum Pendamik Covid-19 seperti Majlis Khatam Al-Quran, Penyampaian Sumbangan Aidilfitri untuk Asnaf-asnaf dalam qariah Surau As-Siddiqin dan lain-lain lagi

Muslimat As-Siddiqin juga telah mengajurkan Program Solat Sunat Tasbih bagi Muslimat oleh Dr. Siti Ruhani selaku Ketua Muslimat serta barisan AJK Muslimat yang terlibat

Sepanjang ramadan juga pihak surau melalui Biro Sajian dan Keraian telah menyediakan iftor untuk jemaah yang berbuka di surau. Segala perbelanjaan iftar adalah melalui penajaan individu, syarikat serta jemaah surau. Aktiviti solat sunat tarawih sentiasa penuh di ruang solat utama sehingga ke akhir ramadan dan telah menggunakan ruang solat di didewan terbuka untuk pertama kalinya dan diakhiri dengan tazkirah ramadan oleh ustaz-ustaz yang di jemput khas dan di susun rapi oleh Biro Dakwah. Disamping itu bacaan tahlil juga di buat sepanjang ramadan bagi mereka yang berhajat yang diketuai oleh imam-imam bertugas. Semoga Surau As-Siddiqin sentiasa dirahmati dan diberkati yang Maha Esa, inshaAllah.

Program : RAMADAN

Keterlibatan semua BIRO dalam menjayakan program sepanjang Ramadan.
Dan semua AJK yang terlibat

Gotong Royong Ramadan

Majlis Khatam Al-Quran

Iftar Sepanjang Ramadan

Tarawih di Dewan Muhammad Al-Fateh

Program Solat Sunat Tasbih Muslimat

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top